DEFINISI DIKSI
Rujukan
|
Keterangan
|
Kamus
Dewan Edisi Keempat (2015)
|
Pemilihan
dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea
(peristiwa dll) secara bertulis atau lisan.
|
Zainal
Ariffin (2008)
|
Diksi adalah
pilihan kata. Kita memilih kata yang tepat untuk menyatakan sesuatu.
|
Depdikbud
(2005)
|
Diksi adalah
pemilihan kata yang bermakna tepat dan selaras untuk mengungkapkan idea
dengan sesuatu perbicaraan, peristiwa dan khalayak pembaca atau pendengar.
|
Dapat disimpulkan bahawa diksi merupakan
pemilihan kata yang sesuai (tepat dan berkesan) dengan apa yang hendak kita
ungkapkan dalam penghasilan penulisan ilmiah mahupun penulisan bukan ilmiah.
DEFINISI AYAT
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),
ayat dapat didefinisikan sebagai satu perkataan atau (lebih kerap lagi)
serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa sesuatu maksud.
Menurut Ahmad Khair Mohd Nor et. al (2014),
ayat ialah unit yang paling tinggi letaknya dalam tatatingkat atau hierarki
tatabahasa. Ayat mengandungi makna yang lengkap dan diucapkan dengan intonasi
yang sempurna. Pengucapan ayat dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan.
JENIS – JENIS AYAT
Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis
berdasarkan intonasi dan tujuan atau fungsi penggunaannya.
Jenis
Ayat
|
Keterangan
|
Ayat
Penyata
|
· Ayat
yang diucapkan dengan tujuan untuk membuat sesuatu penyataan atau memberikan
keterangan tentang sesuatu.
· Turut
dikenali sebagai ayat berita atau penyataan.
· Diujarkan
tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas sama ada melalui lisan atau
perbuatan.
· Ayat
penyata terdiri daripada :
1) Ayat Pasif : Surat itu belum berjawab
2) Ayat Songsang : Belum berjawab surat itu
3) Ayat Majmuk : Surat itu belum dihantar dan dijawab
|
Ayat
Tanya
|
· Ayat
yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
· Ayat
yang digunakan untuk meminta maklumat atau untuk mendapatkan jawapan.
· Ayat tanya
terdiri daripada :
1) Ayat tanya dengan kata tanya
- Apakah
yang sedang menganggu fikiran awak?
2) Ayat tanya tanpa kata tanya
-
Budak itu sudah bersekolah?
3) Ayat tanya tertutup :
-
Adakah awak meminati subjek ini?
*Ayat tanya tertutup boleh dijawab dengan
perkataan ya atau tidak / bukan.
4) Ayat tanya terbuka?
-
Apakah rahsia kejayaan awak?
* Ayat tanya terbuka memerlukan jawapan
yang berupa penjelasan atau penerangan.
|
Ayat
Perintah
|
· Ayat
yang digunakan untuk memberi perintah, suruhan, ajakan, keinginan, harapan,
atau larangan untuk melakukan sesuatu.
· Ayat
ini memerlukan tindak balas yang berupa tindakan daripada pendengar.
· Ayat
perintah terdiri daripada :
1) Ayat suruhan – Angkat buku itu!
2) Ayat larangan – Jangan melawan cakap ibu bapa.
3) Ayat silaan – Silalah makan.
4) Ayat permintaan – Tolong tutup pintu itu.
5) Ayat ajakan - Mari kita pergi ke kelas.
|
Ayat
Seruan
|
· Ayat
yang diucapkan untuk melahirkan perasaan terhadap sesuatu.
· Perasaan
tersebut merangkumi rasa kagum, marah, sakit, atau rasa hairan terhadap
sesuatu.
· Ayat
ini biasanya digunakan dengan intonasi seruan yang mempunyai tekanan keras
dan disertai dengan nada meninggi yang menurun sebelum kesenyapan.
· Contoh
ayat :
- Cis,
tak malu !
-
Ah, kurang ajar!
-
Adik !
-
Kurusnya !
|