Saturday, 7 October 2017

DEFINISI DIKSI

Rujukan
Keterangan
Kamus Dewan Edisi Keempat (2015)
Pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan.
Zainal Ariffin (2008)
Diksi adalah pilihan kata. Kita memilih kata yang tepat untuk menyatakan sesuatu.
Depdikbud (2005)
Diksi adalah pemilihan kata yang bermakna tepat dan selaras untuk mengungkapkan idea dengan sesuatu perbicaraan, peristiwa dan khalayak pembaca atau pendengar.

Dapat disimpulkan bahawa diksi merupakan pemilihan kata yang sesuai (tepat dan berkesan) dengan apa yang hendak kita ungkapkan dalam penghasilan penulisan ilmiah mahupun penulisan bukan ilmiah.

DEFINISI AYAT

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), ayat dapat didefinisikan sebagai satu perkataan atau (lebih kerap lagi) serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa sesuatu maksud.
Menurut Ahmad Khair Mohd Nor et. al (2014), ayat ialah unit yang paling tinggi letaknya dalam tatatingkat atau hierarki tatabahasa. Ayat mengandungi makna yang lengkap dan diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Pengucapan ayat dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan.

JENIS – JENIS AYAT

Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan intonasi dan tujuan atau fungsi penggunaannya.

Jenis Ayat
Keterangan
Ayat Penyata
      ·  Ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk membuat sesuatu      penyataan atau memberikan keterangan tentang sesuatu.
      ·  Turut dikenali sebagai ayat berita atau penyataan.
      · Diujarkan tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas             sama ada melalui lisan atau perbuatan.
      ·  Ayat penyata terdiri daripada :
    1) Ayat Pasif : Surat itu belum berjawab
    2) Ayat Songsang : Belum berjawab surat itu
    3) Ayat Majmuk : Surat itu belum dihantar dan dijawab
Ayat Tanya
      · Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
     · Ayat yang digunakan untuk meminta maklumat atau untuk       mendapatkan jawapan.
      · Ayat tanya terdiri daripada :
  1) Ayat tanya dengan kata tanya
      - Apakah yang sedang menganggu fikiran awak?
  2) Ayat tanya tanpa kata tanya
     - Budak itu sudah bersekolah?
  3) Ayat tanya tertutup :
      - Adakah awak meminati subjek ini?
*Ayat tanya tertutup boleh dijawab dengan perkataan ya atau tidak / bukan.
  4) Ayat tanya terbuka?
      - Apakah rahsia kejayaan awak?
* Ayat tanya terbuka memerlukan jawapan yang berupa penjelasan atau penerangan.
Ayat Perintah
      · Ayat yang digunakan untuk memberi perintah, suruhan,               ajakan, keinginan, harapan, atau larangan untuk melakukan         sesuatu.
      · Ayat ini memerlukan tindak balas yang berupa tindakan               daripada pendengar.
      ·  Ayat perintah terdiri daripada :
   1) Ayat suruhan – Angkat buku itu!
   2) Ayat larangan – Jangan melawan cakap ibu bapa.
   3) Ayat silaan – Silalah makan.
   4) Ayat permintaan – Tolong tutup pintu itu.
   5) Ayat ajakan - Mari kita pergi ke kelas.
Ayat Seruan
      · Ayat yang diucapkan untuk melahirkan perasaan terhadap           sesuatu.
      · Perasaan tersebut merangkumi rasa kagum, marah, sakit, atau     rasa hairan terhadap sesuatu.
     · Ayat ini biasanya digunakan dengan intonasi seruan yang              mempunyai tekanan keras dan disertai dengan nada meninggi       yang menurun sebelum kesenyapan.
      · Contoh ayat :
   - Cis, tak malu !
   - Ah, kurang ajar!
   - Adik !
   - Kurusnya !


No comments:

Post a Comment