Pemerengganan yang Berkesan
DEFINISI
PERENGGAN
Perenggan
ialah binaan bahasa yang terhasil daripada susunan perkataan yang membentuk
pelbagai jenis ayat untuk menyampaikan idea utama secara tuntas. Perenggan juga
boleh didefinisikan seperti berikut :
Sumber
|
Maksud
|
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007)
|
Bahagian daripada muka atau bab dalam
buku (rencana dan lain – lain) yang terdiri daripada beberapa baris.
|
Abu Hassan Abdul (2012)
|
Perenggan dianggap sebagai inti
karangan yang menyajikan satu unit idea atau satu unit isi perbincangan yang
dikembangkan secara tersusun dalam satu rangkaian ayat yang saling
berhubungan.
|
Smalley dan Ruetten (1990)
|
Gugusan ayat yang memperkembangkan
satu idea utama.
|
Sulaiman Masri dan Ahmad Khair
Mohd Nor (2004)
|
Perenggan dibentuk oleh sejumlah ayat
yang mengandungi idea utama. Kebiasaannya, ayat topik menyatakan idea utama
perenggan berkenaan. Ayat sokongan akan disusun dan memastikan idea tersebut
jelas.
|
Rozaiman Makmun (2008)
|
Pemerenggan merupakan usaha untuk
menghasilkan komposisi sebuah karangan yang mantap melalui binaan
perenggan-perenggan yang sempurna. Perenggan yang sempurna terhasil apabila
struktur atau bahagian-bahagian yang lengkap dalam perenggan berjaya
diwujudkan. Bahagian-bahagian itu berlainan antara perenggan pendahuluan, isi
dan penutup.
|
Pemerengganan
penting untuk menyampaikan idea yang konkrit dan tersusun. Perenggan yang
bermutu ialah perenggan yang mengandungi idea yang jelas, maklumat yang
mencukupi, dan merangkumi ayat yang gramatis serta mudah untuk difahami. Selain
itu, sebuah perenggan yang berkesan merupakan perenggan yang dapat menjalankan
tugasnya dengan baik. Jika tugas perenggan itu adalah untuk memperkembangkan
kenyataan maka setiap ayat yang terkandung di dalamnya hendaklah merupakan peluasan
dan rujukan kepada kenyataan tersebut.
Perenggan
yang sempurna terhasil apabila struktur atau bahagian – bahagian yang lengkap
dalam perenggan berjaya diwujudkan. Antara komponen utama yang diperlukan dalam
binaan sesuatu perenggan ialah :
Jenis
Perenggan
|
Komponen
|
Perenggan Pengenalan
|
·
Ayat Penyataan
·
Ayat Huraian
·
Ayat Rangsangan
·
Ayat Pandu / Arah
|
Perenggan Isi
|
·
Ayat Topik
·
Ayat Huraian
·
Ayat Contoh
·
Ayat Sokongan
·
Ayat Rumusan
|
Perenggan Penutup
|
·
Ayat Ringkasan
·
Ayat Ulasan
·
Ayat Cadangan
·
Ayat Amaran
·
Ayat Harapan
|
Kesemua komponen di atas mempunyai
fungsi yang tersendiri untuk memastikan
penulisan yang dihasilkan mantap dan mampu membantu pembaca memahami mesej yang
ingin disampaikan oleh penulis.
CIRI – CIRI PEMERENGGANAN YANG
BERKESAN
Sesebuah
perenggan yang baik dan berkesan lazimnya memancarkan ciri-ciri tertentu.
Antara ciri-ciri itu ialah kejelasan, kesatuan, kepautan, kerapian, penekanan,
dan kesempurnaan.
·
Kejelasan
Perenggan
yang dihasilkan mampu memberi makna idea yang terdapat dalam penulisan supaya
mudah difahami oleh pembaca. Perenggan yang dibina mestilah mempunyai ayat yang
tepat, tidak meleret-leret, istilah-istilah yang konkrit, tidak kabur, tidak
terlalu umu, pemilihan perkataan yang sesuai, dan penyusunan idea yang teratur
(Mohd. Azhar Abd. Hamid et. al., 2001). Contohnya, perenggan di bawah
menggunakan ayat yang ringkas dan padat untuk menjelaskan idea utama. Perenggan
ini juga menggunakan pemilihan kata yang sesuai dan ideanya tersusun.
Contoh ini dapat dilihat dalam
jurnal Bahasa Melayu Murid-Murid Kensiu: Meneroka Geseran Bahasa dan Budaya oleh
Jumiya Ahmad dan Nuraini Yusoff (2013), “Bahasa tidak dapat dipisahkan dan
terjalin dengan kehidupan mental, penerimaan, ingat, perhatian, pemahaman,
pemikiran dan semua cubaan kita untuk memberi makna kepada pengalaman kita di
dunia. Disebabkan bahasa ibunda telah digunakan oleh seseorang kanak-kanak
sejak kecil, sukar bagi mereka meninggalkan bahasa ibunda untuk menguasai
bahasa lain”.
·
Kesatuan
Menurut
Awang Sariyan (2004), kesatuan bermaksud sesebuah perenggan yang dihasilkan
sebolehnya mestilah menjurus kepada satu hal atau satu idea sahaja. Hal ini
menyebabkan pembaca dapat mengikuti jalan cerita penulis dengan teratur.
Sekiranya terlalu banyak idea atau pendapat dalam sesebuah perenggan, ia akan
menyebabkan pembaca hilang fokus mengenai apa yang ingin ditekankan oleh
penulis. Dalam pada itu, kesatuan perenggan menjelaskan isi secara terus
mengenai idea utama tanpa keluar dari idea utama yang dibincangkan (McCuen
& Winkler, 2006). Mohd. Azhar Abd. Hamid et. al. (2001), mengatakan bahawa
kesatuan dalam penulisan perenggan merupakan tumpuan atau pemusatan keseluruhan
isi yang berfokus pada tajuk penulisan. Isi-isi yang disampaikan mestilah
mantap, tepat, tersusun rapi, dan berkesinambungan. Contohnya, perenggan di
bawah jelas isi yang dikemukan oleh penulis bersifat mantap, tepat, dan
tersusun rapi. Ayat topik dan ayat-ayat huraian dalam perenggan tersebut mempunyai
kesinambungan antara satu sama lain.
Contoh
bagi ciri kesatuan ini dapat dilihat dalam jurnal Bahasa Melayu Murid-Murid
Kensiu: Meneroka Geseran Bahasa dan Budaya oleh Jumiya Ahmad dan Nuraini
Yusoff (2013), “Penggunaan bahasa ibunda dalam kalangan kanak-kanak Kensiu
memang tidak dapat dielakkan, apa lagi untuk disekat kerana itu adalah bahasa
perantara yang digunakan dalam keluarga dan masyarakat Kensiu. Semasa
berkomunikasi di rumah dan di sekolah, mereka lebih selesa menggunakan bahasa
ibunda sesama mereka. Penggunaan bahasa Melayu sangat kurang dan hanya berkisar
dalam bilik darjah sahaja”.
·
Kepautan
Kepautan
perenggan dikatakan berpaut apabila ayat-ayat yang dibina bergerak lancar dan
para pembaca dapat membacanya dengan mudah dari satu ayat ke satu ayat yang
lain tanpa ada idea yang tertinggal dan tidak dinyatakan (Mohd. Azhar Abd.
Hamid et. al., 2001). Awang Sariyan (2004), berpendapat perenggan yang dibina
perlulah terjalin dengan baik sehingga urutan idea tersusun dan tidak kelihatan
berselerak.
Menurut
McCuen & Winkler (2006), “A well-written paragraph has coherence: it
sentences are not only clear, logical, and grammatically correct but they are
also arranged so that the reader easily understand the flow of idea. Perhaps
the best way to achieve coherence is to think of your paragraph as a single
unit rather than a succession of sentences the focal point of the unit is the
topic sentence, which all other sentences of the paragraph should coherently
work to support” (hlm.80). Contoh bagi ciri perenggan kepautan di bawah
adalah menggunakan alat-alat penghubung seperti rujukan kata ganti diri,
pengulangan perkataan dan penanda wacana bagi memautkan perkataan dengan
perkataan, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.
Contoh
ini dapat dilihat dalam jurnal Bahasa Melayu Murid-Murid Kensiu: Meneroka
Geseran Bahasa dan Budaya oleh Jumiya Ahmad dan Nuraini Yusoff (2013),
“Dalam hal ini, dari peringkat awal persekolahan lagi guru dan pihak sekolah
seharusnya berupaya mengenal pasti keperluan bahasa dan tahap mengenal huruf
dalam kalangan murid-murid Kensiu. Guru perlu mengambil inisiatif untuk
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sebagai suatu yang menarik supaya
menggalakkan murid Kensiu belajar secara berterusan di samping mengembangkan
kesediaan untuk belajar dalam diri mereka. Pembelajaran berterus boleh
mengekalkan hafalan dan pemahaman serta meningkatkan keupayaan perbendaharaan
kata murid-murid Kensiu”.
·
Kerapian
Sekiranya
sesuatu perenggan itu merupakan satu unit yang tetap, maka pergerakannya hendaklah
mengikut urutan yang rapi dan jelas. Nilai kerapian dalam penulisan dapat
ditentukan melalui beberapa cara. Urutan ini akan memudahkan pembaca mengikuti
arah aliran pemikiran dan idea penulisan. Antara urutan tersebut ialah urutan
masa, ruang, induktif, deduktif, perbandingan, dampingan, dan soal jawab (Mohd.
Azhar Abd. Hamid et. al., 2001).
·
Penekanan
Penekanan
diertikan sebagai penyusunan semua unsur dalam sesebuah penulisan dengan cara
yang paling sesuai, yang dianggap mampu mencapai matlamat penulisan tersebut.
Sekiranya penulis ingin menonjolkan sesuatu, beliau mestilah memberi penekanan
yang sewajarnya pada bahagian yang ingin ditonjolkan itu dengan cara-cara
tertentu agar pembaca dapat menyedari atau mengenal pasti akan penekanan
tersebut. Antara cara yang boleh digunakan dalam perenggan penekanan ini adalah
penekanan itu iaitu perkataan, frasa, klausa, dan ayat mestilah dinyatakan
secara tegas, jelas serta terus terang. Kedua, perenggan tersebut perlulah
meletakkan unsur yang ingin diberi penekanan pada posisi tertentu seperti di
awal atau di akhir perenggan. Seterusnya, membincangkan secara teperinci unsur
yang diberi penekanan berbanding unsur lain, mengulang penyebutan idea yang
hendak ditekankan itu dan akhir sekali, mempersembahkan unsur yang hendak
ditekankan dengan menggunakan gaya bahasa dan hujah yang mantap dan tepat
(Mohd. Azhar Abd. Hamid et. al., 2001).
Contoh ini dapat dilihat dalam jurnal Bahasa
Melayu Murid-Murid Kensiu: Meneroka Geseran Bahasa dan Budaya oleh Jumiya
Ahmad dan Nuraini Yusoff (2013), “Murid-murid Kensiu mempunyai latar belakang
yang berbeza dengan masyarakat Melayu. Murid-murid ini merupakan pencipta makna
dalam minda dan kehidupan mereka berdasarkan pengalaman lalu dan daripada
persekitaran kehidupan masyarakat mereka yang dialami dan dilalui sehari-hari.
Dalam usaha untuk memupuk minat murid Kensiu dengan mengambil kira budaya
mereka, guru seharusnya memberikan peluang kepada mereka untuk
aktiviti-aktiviti bebas. Selain itu, pihak sekolah perlu mengadakan aktiviti
tahunan yang melibatkan adik-beradik, ibu bapa, dan saudara mara murid Kensiu
yang tidak melanggar amalan budaya mereka agar hubungan baik dapat dijalinkan
di antara Orang Asli Kensiu dan pihak sekolah”. Perenggan ini jelas menunjukkan
penekanan diberikan kepada idea utama sehingga idea utama itu diulang semula
pada akhir perenggan. Penekanan tersebut juga menggunakan hujah yang mantap dan
jelas untuk di fahami oleh pembaca.
·
Kesempurnaan
Sebuah
perenggan tidak lengkap jika gagal untuk menyusun huraian bagi idea yang
dibincangkan. Tidak ada peraturan yang dinyatakan tentang berapa panjangnya
ayat dalam menghuraikan idea utama perenggan penulisan. Ayat topik perlu
menjadi panduan dalam melakukan penghuraian terhadap idea utama. Semakin
mengecil topik yang dibincangkan semakin ringkas dan padat huraian yang
dilakukan. Penulis perlu memastikan ayat huraian lebih spesifik dan tertumpu
kepada ayat topik (McCuen & Winkler, 2006).
Menurut
Mohd. Azhar Abd. Hamid et. al. (2001) sebuah perenggan tersebut boleh
menjalankan tugas-tugas seperti mengembangkan idea atau ayat topiknya dengan
sempurna dan lengkap. Perenggan yang sempurna akan memudahkan pembaca untuk
membaca dan tidak menyebabkan pembaca tertanya-tanya tentang idea yang ingin
disampaikan. Elemen yang perlu diberikan perhatian untuk memastikan perenggan
itu sempurna adalah susunan ayat yang gramatis, kesatuan idea dan urutan aksi.
Contohnya,
perenggan di bawah menunjukkan susunan ayat yang digunakan bagi menguraikan
idea adalam betul dari segi tatabahasanya. Perenggan ini juga turut
mengutamakan idea dan huraian yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Contoh
perenggan ini dapat dilihat dalam jurnal Bahasa Melayu Murid-Murid Kensiu:
Meneroka Geseran Bahasa dan Budaya oleh Jumiya Ahmad dan Nuraini Yusoff
(2013), “Pengabaian dalam memberi sokongan maruah kepada murid akan memberi
kesan negatif kepada pembelajaran kanak-kanak. Pengabaian juga tidak akan
menggalakkan murid-murid dalam pembelajaran bahasa kedua yang akan
mengakibatkan peningkatan perbendaharaan kata mereka tidak berlaku. Bertutur
adalah penting dalam proses pembelajaran. Perbendaharaan kata ialah keperluan
bagi pembelajaran bahasa individu. Murid Kensiu dan murid Melayu hadir ke
sekolah dengan pelbagai latar belakang, budaya dan linguistik serta julat
pengalaman dan kebolehan yang berbeza. Oleh itu, penghasilan program pengajaran
dwibudaya kepada murid dalam bilik darjah yang terdiri daripada murid Melayu
dan Kensiu adalah perlu.”
Terima kasih, nota ini sangat membantu saya memahami konsep keterampilan dalam penulisan.
ReplyDelete